'Bout me

My photo
Saya adalah seorang manusia yang........ normal.....

Blog Archive

People

Friday, 29 April 2011

Video Game Persenda Islam

Assalamualaikum. Yo. Hari ini aku nk bagitau korang psl berita yg mengejutkan. Berita ttg video game yg tlah mempersendakan agama kita, iaitu agama Islam. Korang mesti tertanya-tanya apa tajuk video game tu kan? Kan? Korang prnh x dgr ttg video game yg bertajuk Prince of Persia? Game yg mengisahkan ttg pengembaraan seorang putera dari negara Parsi yg perlu menentang makhluk2 jahat yg ganas dan kejam. Pernah x? Hahaha! Jgn risau. Sbb, bkn game tu yg aku maksudkan. Inilah tajuk game yg aku maksudkan........ DEVIL MAY CRY! Ha! Mesti korang prnh main game ni kan? Mesti korang kenal watak utama game tu, Dante. Dgn gayanya yg mcm rockstar tu dan mulutnya yg agak 'ramah' tu. Mana ada org x kenal. Bg peminat game Devil May Cry mcm aku ni, agak mengecewakan gak la bila aku terbaca berita tu. Aku x sangka syarikat pembuat game DMC yg terkenal tu sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut. Kenapa memilih agama Islam sbg bahan sendaan? Kenapa x pilih benda lain utk dijadikan bahan gurauan? KENAPA? Aku dh x bleh nk ceritakan dgn lbih lanjut lg. Korang bacalah artikel yg tertera di bawah......



KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.


Ha! Dh baca? Terkejut? Kecewa? Tergamam? Ha! Itulah kenyataannya. Aku pon x sangka syarikat tu sanggup buat benda2 camni. Hanya kerana mahukan publisiti murahan, agama Islam jadi bahan gurauan. Tapi, apakan daya, syarikat itu diuruskan oleh orang2 kafir laknat. Orang2 kafir tidak akan berpuas hati selagi kita, orang Islam tidak tunduk dan sujud di kaki mereka. Akhir kata, berjaga-jagalah. Orang2 kafir sentiasa mencari peluang untuk menjerumuskan kita ke dalam perangkap mereka. Selalu-selalukanlah memohon pertolongan dari Allah S.W.T supaya kita tidak terjerumus ke dalam kancah kehinaan. Sekian. Wassalam